PAGES

Saturday, December 16, 2017

PELUKIS LAGENDA VINCENT VAN GOGH

The Starry Night
Vincent Willem Van Gogh, pelukis legenda yang terkenal adalah nama baru yang saya kenal bermulanya apabila saya mula menghargai kisah lukisan kenangan yang saya beli di Sumatera Barat hampir lima tahun lalu. 


Disebabkan kehebatan teknologi digital pada hari ini dapatlah saya mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai beliau. Memang terdapat banyak sekali data-data maklumat mengenai kisah hidupnya, saya rasa cukup tersentuh bila membaca kisah-kisah perjalanan hidup yang telah dilaluinya.

Kisah tentang hidup beliau saya fikir sangat baik untuk dijadikan pengajaran dan sungguh berguna sekali terutamanya kepada generasi muda hari ini. Apa yang menarik buat saya yang ingin saya sentuh sikit di sini ialah apabila kita dapat mengetahui sesuatu yang baru, otak mula kembali tumbuh dan segar, ia menjadi makanan rohani yang cukup berkhasiat untuk otak berfungsi, otak akan mula mengalirkan lembaran pemikiran baru yang lebih baik dan seterusnya, sudah tentulah karya lukisan beliau, memang menakjubkan.

Van Gogh di awal usia mudanya sebelum menjadi seorang pelukis pernah mencuba beberapa bidang kerjaya seperti menjadi jurujual di London, kemudian diberhentikan oleh majikan kerana di anggap karakter dirinya tidak sesuai, beliau juga pernah berkhidmat sebagai paderi di Belgia namun gagal memenangi masyarakat disitu walaupun beliau dikatakan sungguh berminat dengan apa yang dilakukannya.

Tekad Menjadi Pelukis
Ketika Van Gogh berusia 27 tahun, mulalah beliau tekad memutuskan untuk menjadi seorang pelukis. Keputusan yang telah dibuat olehnya itu sebenarnya tidak mendapat sokongan yang baik malah ditentang oleh keluarga terdekatnya dan tidak disenangi oleh ramai orang, namun beliau tetap dengan keputusannya menjadi pelukis.

Sepanjang hidup sebagai seorang pelukis, kehidupannya serba susah malah layaknya dianggap oleh masyarakat pada waktu itu sebagai seorang yang gagal dalam kehidupan, walau bagaimanapun beliau tetap melukis dan telah berjaya menghasilkan hampir 2100 buah lukisan , 860 daripadanya berasaskan dari cat minyak, cuma agak malang pada waktu itu kerana segala karya lukisan beliau tidaklah mendapat nilai, malah tercatit sebagaimana di dalam sejarah di mana dikatakan hanya satu lukisan sahaja yang terjual di masa hidupnya.
Museum Van Gogh di Amsterdam
Kejayaan pelukis lagenda Van Gogh ini menghasilkan lukisan sebenarnya banyak dibantu oleh adiknya, iaitu satu-satunya adik yang setia mendukung perjuangan abangnya seorang pelukis dengan sanggup menyara kehidupan abangnya yang hidup dalam penuh kemiskinan.

Selama berjuang dalam dunia lukisan terdapatlah berbagai objek di beberapa bandar seperti di Belanda dan Perancis sempat dilukis oleh Van Gogh semasa keadaan hidup beliau yang terpaksa berpindah- pindah kerana desakan hidup dan usahanya untuk mencari peluang dan hidup baru, sehingga akhirnya saat beliau tinggal di Arles, beliau telah jatuh sakit dan dikatakan mengidap sejenis penyakit ganguan sakit jiwa.

Akhir Hidup Van Gogh
Van Gogh kemudian dimasukkan ke rumah sakit jiwa Saint-Remy, Perancis pada 1889-1890. Di sana beliau masih lagi terus melukis sehingga melahirkan beberapa lukisan yang diantaranya telah menjadi fonamena pada hari ini.

Van Gogh meninggal pada usia 37 di tahun 1890. 


Selepas  Van Gogh meninggal dunia, adiknya Theo meneruskan perjuangan abangnya. Theo berusaha tanpa rasa jemu untuk menjual lukisan-lukisan abangnya namun dia tidak sempat, selepas enam bulan kematian abangnya, Theo pula tiba- tiba jatuh sakit, dikatakan sebab terlalu sedih atas kehilangan abangnya.

Theo menyusuli abangnya pada 25 Januari 1891. Jasad nya dikebumi bersebelahan dengan makam abangnya, Van Gogh. 

Akhirnya isteri Theo, Johanna Bonger menyambung perjuangan suaminya menjual lukisan-lukisan Van Gough sehingga akhirnya satu persatu berjaya dijual dan dikenali dunia.

Begitulah sedikit sebanyak kisah dua beradik dan pelukis lagenda Van Gogh di abab ke 19 zaman imperialism. 

Teruskan membuat carian di google untuk banyak lagi maklumat mengenai Van Gogh. Kisah beliau juga banyak diabadikan dalam filem, buku, lagu, pementasan teater dan banyak lagi.

Vincent van Gogh / Quotes
Great things are done by a series of small things brought together.

No comments: