PAGES

Saturday, November 11, 2017

JUMPA LUKISAN LAMA


Teh Tarik Tepian Pantai Tg Harapan
Operasi Bersihkan Stor

Satu hari saya mengemas bilik stor yang semak dan sudah lama tak terusik. saya lakukan ini sebab mula terasa bimbang akan masalah ancaman serangan serangga perosak seperti anai-anai, tikus, lipas dan sebagainya. Kalau di biarkan lama lagi kemungkinan ular pun boleh tumpang bersarang. 


Sesetengah masyarakat Melayu mengaitkan tempat yang kotor atau usang dan sudah lama tidak dibersihkan ada kaitan dengan jin. Tempat macam ini katanya akan menjadi sarang mereka. Jin inilah katanya yang selalu mengangu gugat suasana kehidupan kita yang lebih kepada mendorong benda-benda yang tak baik dalam memporak perandakan kehidupan.

Sebenarnya sudah lama terdetik di hati untuk buat sesuatu tindakan, tapi apakan daya, anda sendiri pun faham rasanya, mungkin anda juga menghadapi masalah yang sama seperti saya, iaitu tentang sikap suka bertangguh dan malas, akhirnya apa yang berlaku kesan dari sikap tersebut, satu kerja apa pun tak jadi.

Beban yang ditanggung mulai terasa bila fikiran mula didatangi dengan berbagai masalah kerja. Niat untuk mengemas dan menyelesaikan masalah stor menambahkan lagi beban rasa bersalah. Pada waktu itu perasaan saya mula diselubungi rasa terkutuk dan berserabut.

Tetapkan Tarikh Dan Fokus

Lama juga saya duduk bertangguh, sampailah satu hari saya kata "bilalah nak mula?". Saya kemudian ambil kalendar, fokus dan tengok tarikh untuk tetapkan hari. Sekarang ada masa tiga hari lagi untuk saya mulakan dari tetapan tarikh tersebut.

Tindakan selanjutnya, malam itu saya maklumkan pada isteri dan anak-anak tentang rancangan ayah untuk bersihkan stor yang sudah sarat dan merimaskan. Anak-anak dan isteri semuanya bersetuju malah menyokong. Saya mula rasa bersemangat dan yakin masalah ini dapat diselesaikan. 

Sabtu pagi, hari yang dijanjikan pun tiba, nampaknya anak-anak dan isteri lebih awal siap sedia. Inilah saat yang saya rasa, masalah yang dihadapi akan mampu selesai. Apa yang saya cuba maksudkan di sini adalah dengan perkataan yang mudah, kita kata " tumpang semangat orang lain", dalam kes saya ini bukan hanya tumpang semangat anak- anak dan isteri malah sampai kepada sama-sama memikul beban

Di pendekan cerita, akhirnya tekad saya berjaya, stor selesai dibersihkan. Perasaan terkutuk dan rasa bersalah berjaya dilepaskan. Fikiran saya kini rasa sangat lapang dan kosong, aura positif, rasa ceria menggantikan perasaan sebelum ini. Badan pun mula rasa ringan, sihat serta lebih bersemangat. Jin dan syaitan habis beselerak bertempiaran lari. Lari sampai tak cukup tanah.

Jumpa Sebuah Lukisan


Ada sesuatu yang cukup menarik perasaan saya, semasa saya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di stor, saya terjumpa sebuah lukisan yang masih tergulung dibalut kemas. 

Pada ketika itu saya semacam rasa jiwa lah pulak, semacan nostalgia gitu. Perasaan saya rasa semacam jumpa harta karun, dan sangat menghargai.

Saya tanya kepada isteri saya," ini bukankah lukisan yang kita beli masa pergi travel ke Bukit Tinggi hari tu, awak ingat lagi tak gambar apa nih?". Isteri saya saat itu nampak agak keliru, katanya, " tak tahu lah, lama sangat dah, hari tu balik dari sana terus saya simpan dalam stor nih".

Tiba-tiba saja saya sedikit senyum sendiri, tetapi bukanlah disebabkan kata-kata dari jawapan yang diberkan oleh isteri saya tadi, saya hanya sedikit terkenang kenangan semasa di sana. 

Terkenang Kisah Lama

Lukisan itu menjadi semacam ubat yang disuntik ke otak saya buat kembali segar untuk mengingati kisah-kisah lama. " Yaa.. Allah, mengapa kau bawa aku untuk mengingati bahagian-bahagian dari perjalanan hidup yang pernah aku lalui. 

Shukur ya Allah, terima kasih ya Allah tak terhingga pada Mu Ya Allah di atas segala nikmat rezeki Mu ya Allah yg telah kau kurniakan ya Allah", hati saya keluh sendiri teringatkan saat-saat kehidupan yang telah dilalui.

Begitulah cerita operasi membersihkan stor yang boleh saya kongsikan. 

Makna Sebuah Lukisan

Artikel seterusnya saya akan ceritakan tentang sebuah lukisan yang  dijumpai dalam stor. Lukisan ini tidak pernah dibuka sejak dibeli hampir 5 tahun lalu, masih lagi kemas dibalut. Saya sendiri tak ingat lagi apakah gambarnya. 

Persoalannya sekarang apakah yang istimewa sangat tentang lukisan tersebut?. Memang terlalu istimewa buat saya.

Ikutilah penulisan saya seterusnya dalam blog Warkah Desa.

No comments: