Pakaian tradisi pengantin masyarakat Minang |
Ketika habis sessi menziarahi
Muzium rumah kelahiran Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah, pemilik nama
pena HAMKA, di Danau Maninjau, Sumatera Barat, kini sudah tiba masanya untuk
rombongan kami pulang.
Sebelum kami berangkat pulang
sempat saya di situ membeli senaskah novel klasik hasil karangan beliau
berjudul Merantau Ke Deli, untuk dijadikan kenang-kenangan datang ke sini
menziarahi rumah dan kampung halamannya.
Sambil itu, semasa dalam
perjalanan pulang saya dari rumah Buya Hamka sempat juga saya singgah untuk
membeli sebuah lukisan. Hasrat di hati, ingin sekali menghiasi dinding rumah
dengan sebuah lukisan dari cat minyak yang dibeli di sini. Indahnya untuk
dijadikan satu tanda kenangan buat diingati, buat saya dan juga keluarga.
KEMBALI KE TANAH AIR
Seminggu selepas pulang dari
ziarah rumah kelahiran Buya HAMKA, rasa puas hati saya, sementara isteri saya
nampaknya ada sedikit perubahan, dia nampak mula minat membaca novel karya
HAMKA yang dibeli oleh saya di sana baru-baru ini.
Hampir setiap malam dia melayan
dengan penuh semangat dengan duduk menyendiri membaca novel tersebut, fikir
hati saya, “pasti hebat karya beliau, kalau tidak masakan setiap malam tidak
lepas dia dengan novel Pak HAMKA”.
Setelah beberapa hari melihat
akan dia, isteriku yang bersikap asyik melayan novel sastera klasik Merantu Ke
Deli, terasa di hati saya kesunyian oleh sebab tidak dilayan
berbual bersama seperti kebiasaannya.
Novel Merantau Ke Deli, koleksi saya |
NOVEL SASTERA KLASIK MERANTAU KE DELI
Pada satu malam saya pun
bertanya, “ novel sastera klasik ini mengisahkan apa, apa yang menarik tentang
ceritanya?”Dia, isteri saya, seperti tak berminat untuk diajak berbual dan
hanya berkata, “boleh laa”, katanya.
Jawapan dari isteri saya agak
mengecewakan saya. Besok malamnya saya cuba bertanyakan lagi dengan soalan yang sama
tentang novel yang dibacanya.
“Hanya tinggal 3 page lagi untuk
dihabiskan, lepas ini abang boleh baca sendiri, tak perlu nak tanya-tanya saya
lagi.” Dia memberitahu saya sebelum sempat saya bertanya,
Sambung isteri saya
lagi, “ masyarakat mereka terlalu mengikuti adat, percayakan adat sehingga
melebihi kemurnian agama itu sendiri, akhirnya tak kemana, habis macam itu
saja malah merugikan semua, itu yang dibenci HAMKA dalam karyanya” ulas isteri
saya.
EMOSI DARI NOVEL MERANTAU KE DELI
Akhirnya saya meneruskan
pembacaan novel tersebut.
Sungguh indah sekali bahasa novel
ini sehinggakan saya mampu menyelami perasaan seorang wanita melalui watak yang
bernama Poniem.
Watak Poniem yang digarap HAMKA,
seorang isteri yang sentiasa ada bersama suaminya, Leman tatkala susah dan
senang, jatuh berdiri dan jerit payah menempuhi alam perniagaan.
Mereka bermula dari bawah. Dan sampai suatu ketika, Poniem sanggup berhabis gadai harta-hartanya yang ada sampailah tinggal hanya sepasang subang untuk menaikkan kembali semangat Leman dan yang paling penting moralnya untuk meneruskan kehidupan. Tapi sayangnya..
Untuk ringkasan selanjutnya, klik di sini.
KECEWA DENGAN PILIHAN LUKISAN YANG DI BELI
Rasa benci kerana apa yang ditulis Hamka ini ternyata memang berlaku di alam realiti - Berbalik kepada kisah inilah, hasrat saya untuk menghiasi ruang rumah dengan lukisan kenangan dengan gambar sebuah rumah adat Minangkabau yang dibeli terus terpadam dan dilupakan begitu lama.
No comments:
Post a Comment