Apabila petang tiba , selepas waktu asar iaitu ketika panas matahari mulai reda, aku dan keluarga ada ketikanya terutama di musim cuti, akan menghabiskan sedikit masa untuk beriadah di kolam ikan peliharaan yang betul-betul terletak di belakang rumah bapak mertua ku, Desa Tasik Raban.
Kolam yang di maksudkan |
Persekitaran Tasik Raban |
Ada ketikanya aku keluar berdayung dan memancing seorang diri, sebenarnya aku tidak lah bersendirian kerana aku ditemani oleh sekumpulan ikan talapia merah yang mengelilingi sampan kecil aku, ikan-ikan ini sentiasa menghampiri dekat dengan sampan, dengan harapan ditaburkan sedikit benih makanan untuk mereka.
Ketenangan air tasik, pemandangan kehijauan bukit bukau yang luas dan kemesraan ikan di sekeliling sampan telah dengan sendirinya meruntun jiwa untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang aku lalui. Tentang keredhaanNya, tentang hubungan aku sesama manusia, tentang kesilapan yang telah aku lakukan dan sudah tentu tentang bagaimana mahu berjaya.
Jasa bapak mertua satu kejutan berlaku di majlis perkahwinan aku, para undangan telah dijamu dengan hidangan istimewa, masakan ikan bakar talapia merah |
No comments:
Post a Comment