The Starry Night |
Disebabkan kehebatan teknologi digital pada hari ini dapatlah saya mencari sedikit sebanyak maklumat mengenai beliau. Memang terdapat banyak sekali data-data maklumat mengenai kisah hidupnya, saya rasa cukup tersentuh bila membaca kisah-kisah perjalanan hidup yang telah dilaluinya.
Kisah
tentang hidup beliau saya fikir sangat baik untuk dijadikan pengajaran dan sungguh berguna sekali terutamanya kepada generasi muda hari ini. Apa yang
menarik buat saya yang ingin saya sentuh sikit di sini ialah apabila kita dapat mengetahui sesuatu yang baru, otak mula kembali
tumbuh dan segar, ia menjadi makanan rohani yang cukup berkhasiat untuk otak berfungsi, otak akan mula mengalirkan lembaran pemikiran baru yang lebih baik dan seterusnya, sudah tentulah karya lukisan beliau, memang
menakjubkan.
Van Gogh di awal usia mudanya sebelum menjadi seorang pelukis pernah mencuba beberapa bidang kerjaya
seperti menjadi jurujual di London, kemudian diberhentikan oleh majikan kerana
di anggap karakter dirinya tidak sesuai, beliau juga pernah berkhidmat sebagai paderi di
Belgia namun gagal memenangi masyarakat disitu walaupun beliau dikatakan sungguh berminat dengan apa yang dilakukannya.
Tekad Menjadi Pelukis
Ketika
Van Gogh berusia 27 tahun, mulalah beliau tekad memutuskan untuk menjadi seorang
pelukis. Keputusan yang telah dibuat olehnya itu sebenarnya tidak mendapat sokongan yang baik malah ditentang oleh keluarga terdekatnya dan tidak disenangi oleh ramai orang,
namun beliau tetap dengan keputusannya menjadi pelukis.
Sepanjang hidup sebagai seorang pelukis, kehidupannya serba susah malah layaknya dianggap oleh masyarakat pada waktu itu sebagai seorang
yang gagal dalam kehidupan, walau bagaimanapun beliau tetap melukis dan telah berjaya menghasilkan hampir 2100
buah lukisan , 860 daripadanya berasaskan dari cat minyak, cuma agak malang pada waktu itu kerana segala karya lukisan beliau tidaklah mendapat nilai, malah tercatit sebagaimana di dalam sejarah di mana dikatakan hanya
satu lukisan sahaja yang terjual di masa hidupnya.
Museum Van Gogh di Amsterdam |
Selama berjuang dalam dunia lukisan terdapatlah berbagai objek di beberapa bandar seperti di
Belanda dan Perancis sempat dilukis oleh Van Gogh semasa keadaan hidup beliau
yang terpaksa berpindah- pindah kerana desakan hidup dan usahanya untuk mencari
peluang dan hidup baru, sehingga akhirnya saat beliau tinggal di Arles, beliau
telah jatuh sakit dan dikatakan mengidap sejenis penyakit ganguan sakit jiwa.
Akhir Hidup Van Gogh
Van Gogh kemudian dimasukkan ke rumah sakit jiwa Saint-Remy, Perancis pada 1889-1890. Di sana beliau masih lagi terus melukis
sehingga melahirkan beberapa lukisan yang diantaranya telah menjadi fonamena pada hari ini.
Van Gogh meninggal pada usia 37 di tahun 1890.
Van Gogh meninggal pada usia 37 di tahun 1890.
Selepas Van Gogh meninggal dunia, adiknya Theo
meneruskan perjuangan abangnya. Theo berusaha tanpa rasa jemu untuk menjual
lukisan-lukisan abangnya namun dia tidak sempat, selepas enam bulan kematian
abangnya, Theo pula tiba- tiba jatuh sakit, dikatakan sebab terlalu sedih atas
kehilangan abangnya.
Theo menyusuli abangnya pada 25 Januari 1891. Jasad nya
dikebumi bersebelahan dengan makam abangnya, Van Gogh.
Akhirnya isteri Theo,
Johanna Bonger menyambung perjuangan suaminya menjual lukisan-lukisan Van Gough
sehingga akhirnya satu persatu berjaya dijual dan dikenali dunia.
Begitulah sedikit
sebanyak kisah dua beradik dan pelukis lagenda Van Gogh di abab ke 19 zaman
imperialism.
Teruskan membuat carian di google untuk banyak lagi maklumat mengenai Van Gogh. Kisah beliau juga banyak diabadikan dalam filem, buku, lagu, pementasan teater dan banyak lagi.
Vincent van Gogh / Quotes
Great things are done by a series of small things brought together.
No comments:
Post a Comment