Burung Bangau Terbang Bebas |
Lukisan kenangan yang ada di dinding rumah fikir saya tidak
cukup sekadar itu, saya selalu merenung dan cuba mengimbas kembali detik-detik
perjalanan hidup saya sehingga satu hari terdetiknya hasrat untuk menziarahi rumah kelahiran
Buya Hamka dan berakhir sampai ke detik lukisan ini. Renungan itu membuatkan saya
mula bercita-cita untuk menyambung kisah perjalanan ini dengan cuba untuk
menuliskan detik-detik perjalanan yang telah saya dilalui.
Membina Impian Hari Tua
Membina Impian Hari Tua
Salah satu minat yang saya impikan dan cuba bina untuk
mengisi hari tua nanti jika Allah izinkan dengan usia yang panjang ialah menjadi seorang penulis.
Bukan mahu mencari nama atau keuntungan pelaburaan dan wang ringgit tetapi
lebih kepada memuaskankan diri sendiri dengan menggunakan masa yang diberi dan
mengisi hari-hari yang dilalui.
Apa yang lebih penting sekarang ini pada saya ialah mengisi
masa atau usia yang sudah pun terhad ini dengan manfaat yang menjurus terutama
sekali kepada menjaga kesihatan dan keduanya ialah sumbangan yang boleh
diberikan kepada masyarakat, dengan harapan kebaikkan yang diberikan dipandang
disisi Tuhan. Titik kepada semua tindakkan dan usaha yang dibuat sebenarnya
diharapkan menghasilkan dakwah yang baik bagi membantu generasi yang akan menggantikan
kita pada suatu hari nanti.
Saya juga sangat mengharapkan sahabat-sahabat yang membaca
penulisan saya ini dapat menegur saya dengan memberikan komen-komen yang mampu membina dan melahirkan saya untuk menjadi seorang penulis yang lebih baik dari masa ke
semasa. Saya amat yakin dengan adanya komen-komen dan kritikan yang positif,
potensi kemahiran menulis dapat dibina dengan lebih baik dan cepat.
Memperoleh Banyak Manfaat
Memperoleh Banyak Manfaat
Sebenarnya banyak sekali manfaat yang boleh kita perolehi
dari aktiviti menulis ini dan saya sudah mulai merasakan faedah-faedah darinya.
Kesanggupan untuk melawan perasaan malu kerana khuatir dikatakan orang kurang
cerdik. Disamping itu, kemampuan yang tidak dimiliki oleh saya dalam memguasai bahasa merupakan
antara batu penghalang paling besar untuk memulakannya.
Bagi saya, sebenarnya tidaklah ada jalan yang mudah untuk
apa sekali pun kejayaan melainkan usaha dan kerja yang keras untuknya, bak kata perpatah, mana mungkin akan kita beroleh sagunya kalau tidak ruyongnya dipecahkan dahulu.
Memang banyak yang boleh diperolehi dari aktiviti penulisan, kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, cubalah anda membuat carian sendiri di google dan anda akan menemukannya. Semoga anda juga akan timbul minat untuk menulis setelah mendapat maklumat dan mengetahui tentang banyaknya manfaat, dan bukan hanya sekadar menjadi pembaca atau penonton malah memulakan langkah pertama untuk menjadi seorang penulis.
Memang banyak yang boleh diperolehi dari aktiviti penulisan, kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, cubalah anda membuat carian sendiri di google dan anda akan menemukannya. Semoga anda juga akan timbul minat untuk menulis setelah mendapat maklumat dan mengetahui tentang banyaknya manfaat, dan bukan hanya sekadar menjadi pembaca atau penonton malah memulakan langkah pertama untuk menjadi seorang penulis.
Ada tiga manfaat
menjadi seorang penulis yang saya rasa cukuplah sekadar untuk saya kongsikan di sini:
1. Boleh Menulis
1. Boleh Menulis
Sebahagian besar dari kita tidak boleh menulis. Kebanyakan
kita lebih suka menjadi pembaca atau sekadar penonton. Mereka akan mudah
memberi alasan dengan mengatakan saya tidak mempunyai bakat untuk menulis,
tidak seperti saudara yang dikurniakan dengan semua itu. Sebenarnya inilah yang
ada pada sikap dan pemikiran saya yang dulu, alasan mudah untuk tidak mahu mengubah diri
untuk membina potensi diri supaya menjadi seorang yang lebih baik.
Jalan yang saya ambil untuk menyelesaikan masalah ini
sebenarnya amat mudah sekali, iaitu mengalahkan semuanya sekaligus dengan
melakukannya walaupun ia nampaknya sangat hodoh dan tidak layak adanya.
Walau bagaimanapun, apa yang saya lalui dari masa ke semasa sudah tentu kualiti penulisan saya akan bertambah menjadi lebih baik seandainya berterusan berlatih tanpa jemu, memang benarlah kata-kata mereka yang dulu pernah pada awal
melaluinya di mana penulisan semasa mereka tidaklah sebaik penulis buku,
penulis atau wartawan, tetapi yakinlah bahawa jika anda terus menulis dan
menulis, suatu masa nanti anda akan memiliki kemampuan sama dengan kebolehan
mereka.
2. Mengurangkan Stress
2. Mengurangkan Stress
Menulis juga sebagaimana melukis, di mana, luahan seperti
menulis tentang sesuatu yang membuatkan kita marah, sedih atau menyakitkan
dapat membantu mengurangkan kesan perasaan buruk itu. Apabila kita menulis
sesuatu perkara yang buruk di dalam penulisan kita, ternyata keadaan itu mampu
membuatkan perasaan kita lebih baik dan senyap, tidak tergangu serta mampu menjadi lebih seimbang. Keadaan ini ternyata dapat membantu mengurangkan
pengaruh negatif dan perkara-perkara buruk.
3. Menggerakkan Fungsi Otak Dengan Lebih Berkesan
Kebiasaannya kita menggunakan fungsi otak kiri untuk
membantu kita dalam melakukan analisis sesuatu isu atau bahan yang ingin ditulis, tetapi
kadangkalanya jawapan kepada penyelesaian masalah selalunya ditemui melalui
kreativiti dari fungsi otak kanan, maka ternyata dengan aktiviti menulis,
keupayaan ini dapat diaktifkan, sehinggakan dapat pula saya menyelesaikan beberapa
masalah yang belum terungkai kusut sebelum ini dengan akhirnya dapat diselesaikan
* * * * *
Apa lagi yang ada dalam kehidupan ini andai hidup hanya menuju mati, Justeru apa lagi yang ditunggu kalau tidak kita segerakan menyemai benih yang baik agar tumbuh menjadi sepohon pokok yang rendang dan mampu menghasilkan buah dan boleh dinikmati dari mereka yang ramai, begitulah sifat sebiji benih, perlu disemai dan dijaga, inshallah pasti tumbuh.
Anda bagaimana??
* * * * *
Apa lagi yang ada dalam kehidupan ini andai hidup hanya menuju mati, Justeru apa lagi yang ditunggu kalau tidak kita segerakan menyemai benih yang baik agar tumbuh menjadi sepohon pokok yang rendang dan mampu menghasilkan buah dan boleh dinikmati dari mereka yang ramai, begitulah sifat sebiji benih, perlu disemai dan dijaga, inshallah pasti tumbuh.
Anda bagaimana??
No comments:
Post a Comment