Monday, March 25, 2013

PULAU SAMOSIR-MASYARAKAT BATAK

Ketika aku tiba di jeti Pulau Samosir, Danau Toba maka bergegas aku menaiki kenderaan van yang sudah pun sedia menunggu.

Pemandangan pertama yang aku lihat ialah perkampungan masyarakat kaum Batak. Menurut maklumat dari pemandu kenderaan kami, sembilan puluh peratus  pulau ini di duduki oleh kaum Batak. 

Aku biasa mendengar cerita mengenai masyarakat Batak dan ini pertama kali aku melihat kehidupan mereka dari dekat.

Masyarakat Batak mempunyai banyak keunikan dalam tradisi kepecayaan mereka. Antaranya kubur saudara mereka yang mati di bina dengan kos yang tinggi, kubur dalam gambar tu.. kos nya kira yang sedang-sedang aje, banyak lagi yang lebih hebat dan megah.

Nilai kos kubur Batak ada yang lebih mahal daripada rumah mereka sendiri dan yang seram nya kubur itu terletak berhampiran di depan rumah, belakang atau tepi rumah dan ada juga terletak kat kebun, sawah atau tempat-tempat yang mudah di lihat sekitar lingkungan kehidupan mereka.

Pelawat diwajibkan memakai selendang bila ingin masuk melawat sejarah perkuburan raja mereka.

Makam sejarah permaisuri kaum Batak. Dikatakan anak gadis kalau sudah mampu untuk membawa seberkas air diatas kepala tanpa mengunakan tangan seperti gambar di atas maka beliau sudah layak untuk berkahwin.

Banyak lambang replika sebegini yang terdapat di tiang dan dinding bangunan.
1. Cicak melambangkan sikap hidup mereka yang mampu hidup biarpun di mana saja.
2. Payudara adalah lambang kesuburan gadis-gadis mereka dan kecantikan itu bukanlah keutamaan.
Terdapat banyak versi tentang mengapa di situ ada empat butir payudara. ha ha ha..
3. Dan mereka terkenal dengan kepahlawanan.

Untuk maklumat lanjut bolehlah datang kesini.

No comments:

Post a Comment